Mutiara Kata !!

''Jadikanlh dirimu mawar yg menyeri & menguntum dijln dakwah & biarkanlah mawar itu terpakse melukai tgn2 untuk merasai kasih Allah''



''Kuasai nafsu,menjadi hamba lah dunia,Dikuasai nafsu,menjadi hamba lah tuan.Dunia itu hamba yg taat & tuan yg jahat.Melangkahlah di landasan perjuangan di dalam lingkungan tarbiyah.."

Tuesday, June 5, 2012

SURAT UNTUK BAKAL IMAMKU….

 

Untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada dan sebagainya. Bersabarlah. Tabahlah….

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

 

Insya Allah. Amin Amin. Hanya ini mintaku.Winking smile