Mutiara Kata !!

''Jadikanlh dirimu mawar yg menyeri & menguntum dijln dakwah & biarkanlah mawar itu terpakse melukai tgn2 untuk merasai kasih Allah''



''Kuasai nafsu,menjadi hamba lah dunia,Dikuasai nafsu,menjadi hamba lah tuan.Dunia itu hamba yg taat & tuan yg jahat.Melangkahlah di landasan perjuangan di dalam lingkungan tarbiyah.."

Thursday, November 24, 2011

AKU TIDAK MEMINTA SEORANG YANG SEMPURNA…

Red heart

512cd54840bdfc7d204519a8f631e258-d30dbru

ya Allah…
Aku tidak meminta
seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya…

Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya..

Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya..

Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya…

Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya…

Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…

Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih..

Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis…

Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat…

Seseorang yang kan ku dengar  segala

kuluh – kesahnya….

Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya..

Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka
jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/tidak-meminta-yang-sempurna/#ixzz1ehHnmgqV

No comments:

Post a Comment