Mutiara Kata !!

''Jadikanlh dirimu mawar yg menyeri & menguntum dijln dakwah & biarkanlah mawar itu terpakse melukai tgn2 untuk merasai kasih Allah''



''Kuasai nafsu,menjadi hamba lah dunia,Dikuasai nafsu,menjadi hamba lah tuan.Dunia itu hamba yg taat & tuan yg jahat.Melangkahlah di landasan perjuangan di dalam lingkungan tarbiyah.."

Tuesday, April 10, 2012

INSAN YANG DICINTAI ALLAH..

 

Insan yang di cintai Allah ialah...

 

Yang hatinya disalut taqwa kepada Allah..

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam..

Yang sentiasa haus dengan ilmupengetahuan..

Yang sentiasa mencari kebaikan dan pahala untuk akhirat..

Yang solatnya maruah dirinya..

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar..

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu..

Yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah..

 316043_2523436567013_1286310756_32903859_1157157577_n

Insan yang di cintai Allah ialah…

 

Yang menjaga tutur katanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan

dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

 

Insan yang di cintai Allah ialah…

 

Insan yang menghormati ibu bapanya..

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga..

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangganya..

Yang akan mendidik isteri/suami dan anak-anak mendalami islam..

Yang mengamalkan hidup penuh sederhana,

kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..

 

Insan yang di cintai Allah ialah…

 

Yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang penuh bertaqwa..

Yang hidup dibawah naungan Al Quran dan mencontohi sahabiyyat…

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara..

Yang menjaga matanya dari berbelanja yang sia-sia..

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya..

 ocean_sunsets_afrocheye

Insan yang dicintai Allah ialah…

 

Dia tidak pernah membazirkan masa..

Matanya kepenatan kerana penat membaca sirah serta kalam Allah..

Suaranya lesu kerana penat menghafal serta mengaji dan berzikir..

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan yang menenangkan..

Bangunnya subuh penuh kecergasan serta keazaman..

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..

 

Insan yang di cintai Allah ialah…..

 

Dia sentiasa mengingati mati..

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat semata..

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga..

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik..

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian..

 

Insan yang di cintai Allah ialah..

 

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia..

Kerana dia mengimpikan syurga..

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa keluarga dan sahabatnya bersama..

Dialah Insan yang di pimpin oleh Allah agar dia lebih dekat dengan-Nya…..

No comments:

Post a Comment